Perasan kan dulu-dulu masa baby mak-mak kita rajin sapu minyak kat rambut? Itu salah satu petua orang dulu-dulu supaya baby cepat tumbuh rambut lebat dan panjang
Dan di sini kita senaraikan 5 jenis minyak AJAIB yang amat baik untuk pertumbuhan rambut PANJANG, LEBAT dan KUAT
Tekan gambar untuk lebih jelas |
✅ 1 - Minyak Zaitun
Antara makanan sunnah sejak 1,400 tahun dahulu. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6. Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K
✅ 2 - Minyak Avokado
Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering
✅ 3 - Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)
100% minyak lemak tepu ('saturated oil'). Walaupun begitu, lemak tepu tersebut adalah jenis yang mudah larut dalam badan. Lemak tepu Minyak Kelapa Dara terdiri dari asid lemak yang amat bermanfaat untuk kesihatan badan. Kandungan 50% asid laurik dan antara 6-7% asid capric. Asid Lauric dan Asid Capric adalah sejenis lemak asid yang tergolong dalam lemak asid yang dipanggil 'Medium Chain Fatty Acids (MTFA)' atau lemak asid berantai sederhana. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis MTFA iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains membuktikan kesan positif untuk kesihatan jika diamalkan pengambilannya oleh manusia samada bayi mahupun dewasa tidak kira diminum, sapuan pada kulit badan, serta kulit kepala dan rambut
✅ 4 - Minyak Badam
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese
✅ 5 - Minyak Jarak (Castor Oil)
Minyak jarak banyak digunakan untuk pertumbuhan rambut. Kelembapan menembusi kulit kepala dan memberikan lapisan pelindung kepada rambut dari akar ke hujung, menghalang kelemumur dan jangkitan kulit kepala lain daripada berlaku. Rambut bersih dan terhidrat mengelakkan rambut daripada gugur ia juga akan merangsang rambut untuk tumbuh dengan lebih cepat
Nak lebih MUDAH dan PANTAS? Gunakan saja tonik rambut NGVO yang mengandungi minyak zaitun dan minyak bunga matahari yang kaya dengan Vitamin A, C dan E. Dapatkan sekarang di talian 0196035529 (Sal)
FB: Salmah Rabun
IG/Twitter: @ngvonilai
petuarambutsihatsalma.blogspot.com
Lebih petua di sini
bit.ly/PetuaRambutSihat
No comments:
Post a Comment