Tuesday, 1 August 2017

RAMBUT CEPAT PANJANG DENGAN 5 MINYAK AJAIB

RAMBUT CEPAT PANJANG DENGAN 5 MINYAK AJAIB

Perasan kan dulu-dulu masa baby mak-mak kita rajin sapu minyak kat rambut? Itu salah satu petua orang dulu-dulu supaya baby cepat tumbuh rambut lebat dan panjang

Dan di sini kita senaraikan 5 jenis minyak AJAIB yang amat baik untuk pertumbuhan rambut PANJANG, LEBAT dan KUAT

Tekan gambar untuk lebih jelas

✅ 1 - Minyak Zaitun
Antara makanan sunnah sejak 1,400 tahun dahulu. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6. Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K

✅ 2 - Minyak Avokado
Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering

✅ 3 - Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)
100% minyak lemak tepu ('saturated oil'). Walaupun begitu, lemak tepu tersebut adalah jenis yang mudah larut dalam badan. Lemak tepu Minyak Kelapa Dara terdiri dari asid lemak yang amat bermanfaat untuk kesihatan badan. Kandungan 50% asid laurik dan antara 6-7% asid capric. Asid Lauric dan Asid Capric adalah sejenis lemak asid yang tergolong dalam lemak asid yang dipanggil 'Medium Chain Fatty Acids (MTFA)' atau lemak asid berantai sederhana. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis MTFA iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains membuktikan kesan positif untuk kesihatan jika diamalkan pengambilannya oleh manusia samada bayi mahupun dewasa tidak kira diminum, sapuan pada kulit badan, serta kulit kepala dan rambut

✅ 4 - Minyak Badam
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese

✅ 5 - Minyak Jarak (Castor Oil)
Minyak jarak banyak digunakan untuk pertumbuhan rambut. Kelembapan menembusi kulit kepala dan memberikan lapisan pelindung kepada rambut dari akar ke hujung, menghalang kelemumur dan jangkitan kulit kepala lain daripada berlaku. Rambut bersih dan terhidrat mengelakkan rambut daripada gugur ia juga akan merangsang rambut untuk tumbuh dengan lebih cepat

Nak lebih MUDAH dan PANTAS? Gunakan saja tonik rambut NGVO yang mengandungi minyak zaitun dan minyak bunga matahari yang kaya dengan Vitamin A, C dan E. Dapatkan sekarang di talian 0196035529 (Sal)

FB: Salmah Rabun
IG/Twitter: @ngvonilai
petuarambutsihatsalma.blogspot.com

Lebih petua di sini
bit.ly/PetuaRambutSihat

Monday, 31 July 2017

7 FAKTA TENTANG RAMBUT ANDA WAJIB TAHU

Fakta yang selalu kita terlepas pandang namun dekat dengan diri kita


1. Rambut gugur ni normal sebenarnya. Yang tak normal bila rambut gugur secara berlebihan dan tak digantikan dengan rambut baru

2. Purata rambut gugur normal adalah sekitar 50-80 helai setiap hari (😳)

3. Wanita lebih rapi menjaga rambut berbanding lelaki. Namun lelaki kalau dah obses dengan rambut, dia sanggup berhabisan!

4. Folikel (akar rambut) yang gugur akan berehat selama 100 hari. Ini dinamakan tempoh rehat. Lepas 100 hari, barulah rambut baru akan tumbuh

5. Purata jangka hayat sehelai rambut adalah 3-7 tahun sehinggalah ia ditarik dan dicabut

6. Purata panjang rambut yang tumbuh adalah setengah inci setiap bulan

7. Menariknya, rambut akan gugur dengan sendirinya pada waktu pagi. Ce tengok bantal bila bangun tidur. Mak oiii berapa helai pun tataw lah 😂

Untuk mengurangkan masalah rambut gugur, amalkan menyapu tonik rambut NGVO @ tonik rambut bayam. Tempah sekarang. 0196035529 (Sal)

#petuarambutsihatsalma
#janganlahcopypaste

FB: Salmah Rabun
IG/Twitter: @ngvonilai
petuarambutsihatsalma.blogspot.com

Friday, 28 July 2017

7 Pilihan Makanan Baik Untuk Rambut Sihat

Bagi memastikan rambut tumbuh sihat, kuat dan lebat, kita perlu mengambil makanan yang berkhasiat

Makanan utama yang baik untuk pertumbuhan rambut adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C, E, B-kompleks dan asid lemak Omega-3


1 👍 Telur
Kaya dengan protein, Vitamin B2, D, B6, B12, zink dan zat besi

2 👍 Yogurt
Kaya dengan protein dan B12 juga mineral Fosforus yang mana penting untuk proses biologi dalam badan

3 👍 Brokoli
Fiber semulajadi dan kaya dengan Vitamin B6 dan E

4 👍 Avocado
Fiber semulajadi dan kaya dengan Vitamin B6, C, E dan K

5 👍 Ikan
Terkenal sebagai sumber protein. Paling best, makan ikan tak risau macam ayam suntik 😁

6 👍 Walnut
Kaya dengan asid lemak Omega 3, antioksidan dan Vitamin B Biotin

7 👍 Lobak Merah
Kaya dengan Vitamin A, C dan K dan B8

Amboihhh gigih haa translate dan taip balik. Zaman sekolah dulu kan bagus rajin cemni 😅

So amalkan pemakanan di atas. Sihatkan rambut dari dalaman. Luaran boleh gunakan tonik rambut NGVO okay? Whatsapp +60196035529 (Sal)

#petuarambutsihatsalma
#janganlahcopypaste

FB: Salmah Rabun
IG/Twitter: @ngvonilai
petuarambutsihatsalma.blogspot.com

Wednesday, 26 July 2017

Bersihkan Liang Rambut Tersumbat Punca Rambut Gugur Dengan Cuka Epal

Bila kulit kepala berminyak atau terlalu kering, pertumbuhan rambut akan terganggu. Rambut sedia ada pun akan mula gugur

Hal ini disebabkan penggunaan syampu atau produk rambut yang kurang sesuai dan menyebabkan kadar pH terganggu yang mana akan merosakkan kutikel rambut dan kadar kelembapan normal kulit kepala

CUKA EPAL mempunyai kadar pH yang seakan sama dengan kadar pH normal kulit kepala manusia. Jika kita kerap bersihkan kulit kepala dengan cuka epal, ia akan membantu mengembalikan kadar keasidan kulit kepala yang normal terutamanya jika kita mempunyai kulit kepala berminyak

Klik untuk paparan lebih jelas

Cara-cara:

1. Campurkan cuka epal (1/2 botol), air bersih (1/2 botol) dan essential oil (jika mahu) ke dalam satu botol spray kemudian goncangkan sehingga sebati
2. Spraykan ke serata kulit kepala dan rambut. Biarkan selama 1-2 minit
3. Bilas dengan air bersih

Nota penting:
✔ Bau cuka epal agak kuat dan mungkin akan menyucuk hidung
✔ Pejam mata sewaktu spray untuk elakkan mata pedih
✔ Tanggalkan semua barang kemas untuk elakkan hakisan akibat asid cuka epal

Nak lebih mudah dan pantas? Gunakan tonik rambut NGVO yang diperbuat daripada ekstrak epal hijau. Dapatkan segera +60196035529 (Sal)

#petuarambutsihatsalma
#janganlahcopypaste

FB: Salmah Rabun
IG/Twitter: @ngvonilai
petuarambutsihatsalma.blogspot.com

Lebatkan Rambut Guna Daun Bunga Raya

Petua rambut paling tradisional dan popular dalam kalangan masyarakat kampung

Langkah-langkah:

1. Ambil 7-8 helai daun bunga raya dan ramas sehingga menjadi pes
2. Panaskan minyak kelapa di atas api dan masukkan pes daun bunga raya tadi. Tutup dan biarkan selama 5-10 minit kemudian tutup api. Biarkan sehingga sejuk
3. Sapu pada serata rambut dan kulit kepala. Biarkan selama semalaman dan bilas bila bangun tidur

Klik untuk paparan lebih jelas

Daun bunga raya kaya dengan Vitamin C. Ia juga dipercayai mampu melancarkan peredaran darah dan menguatkan akar dari folikel rambut

Nak lebih mudah gunakan tonik rambut NGVO yang kaya dengan Vitamin C dan Zat Besi. Dapatkan segera +60196035529 (Sal)

#petuarambutsihatsalma
#janganlahcopypaste

FB: Salmah Rabun
IG/Twitter: @ngvonilai
petuarambutsihatsalma.blogspot.com

Tuesday, 25 July 2017

6 Kesalahan Bila Bela Rambut Panjang

Siapa kat sini geng bela rambut panjang lebih paras bahu? Ini 6 kesalahan yang kerap kita buat yang mana boleh jadi faktor rambut rosak

Klik untuk paparan lebih jelas


❎ Kesalahan 1: Bertahun tak gunting rambut
Orang selalu ingat nak bela rambut kena simpan sampai 2-3 tahun tak payah potong. Salah besar tu! Tak teringat ke ayah kita potong dahan pokok untuk dapatkan buah yang lebih lebat dan manis?
Sama juga macam rambut. Setiap 3-6 bulan sekali wajiblah trim hujung rambut yang seakan kering dan rosak

❎ Kesalahan 2: Guna gunting kain/kertas
Jangan sesekali potong rambut guna gunting kain/kertas. Tekstur rambut lebih halus dan sensitif. Gunting rambut WAJIB tajam. Kebanyakan gunting kain/kertas sudah tumpul. Jika guna untuk gunting rambut, akan merosakkan tekstur rambut. Rambut akan jadi lebih kasar dan keras di hujungnya

❎ Kesalahan 3: Syampu ikut suka
Syampu terlalu kerap atau jarang syampu juga bukan amalan yang baik untuk kekalkan rambuy sihat. Syampu terbaik adalah sehari sekali. Namun, pemilihan syampu juga amat penting. Elakkan syampu yang mengandungi SLS atau paraben

❎ Kesalahan 4: Ikat rambut terlalu ketat
Ikat rambut tak salah. Yang salah bila kita ikat terlalu ketat dan akan meninggalkan kesan beralun pada rambut. Selain rambut nampak ikal, akar rambut juga akan terjejas dan rambut akan mudah gugur

❎ Kesalahan 5: Jarang sikat rambut
Pastikan sikat rambut sekali sehari untuk pastikan rambut terurai cantik dan elakkan rambut berpintal. Rambut berpintal akan menjadikan rambut rapuh dan cepat gugur

❎ Kesalahan 6: Pakai tudung rambut basah
Bagi yang memakai tudung, WAJIB pastikan rambut sudah betul-betul kering. Rambut yang panjang dan lembab yang terperap dalam anak tudung selama berjam-jam akan menyebabkan rambut berbuah dan kelemumur punca kulit kepala berasa gatal

Nak rambut sihat dan kuat dengan cara MUDAH? Gunakan tonik rambut NGVO. Dapatkan segera +60196035529 (Sal)

#petuarambutsihatsalma
#janganlahcopypaste


FB: Salmah Rabun
IG/Twitter: @ngvonilai
petuarambutsihatsalma.blogspot.com

Monday, 24 July 2017

Kuatkan Akar Rambut Dengan Masker Bayam

Bayam kaya dengan nutrien dan juga antioksidan. Bayam juga diperkaya dengan vitamin K, A3, B2, B6, mangan, zat besi, zink dan asid lemak omega 3

P/s: Bayam sangatlah bagus untuk rambut sebab kaya dengan Vitamin A dan C. Nutrien ini penting untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Kedua-dua vitamin penting untuk penghasilan minyak asli pada kulit kepala yang mana mampu percepatkan kadar pertumbuhan rambut berbanding kebiasaan

Klik untuk paparan lebih jelas


Cara-cara buat Masker Bayam:

1. Ambil secawan daun bayam
2. Tambah satu sudu teh madu
3. Tambah satu sudu minyak kelapa dara
4. Hancurkan dan gaul sampai rata dan boleh dibuat masker
5. Sapu rata pada rambut dan kulit kepala. Biarkan sehingga 20-30 minit kemudian bilas dengan air bersih

Nak lagi mudah? Amalkan tonik rambut NGVO yang diperbuat daripada ekstrak bayam. Tak perlu bilas dan pantas diguna. Whatsapp +60196035529 (Sal)

#petuarambutsihatsalma
#janganlahcopypaste

FB: Salmah Rabun
IG/Twitter: @ngvonilai